Slider[Style1]

PSKQ dalam Liputan

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Style6

Style7

Style8

Style9

Assiry gombal mukiyo, 23 April 2015




Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H). Ketika berusia lima tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul. Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih lagi menuntut di sekolah kanak-kanak di kampungnya. Disebabkan kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie telah diserahkan sendiri oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif Afandi untuk mempelajari khat. Beliau mendalami Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Ta’liq dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi.
             Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya. Kemudian beliau terus menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha, Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan dalam segenap bentuk.
            Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70an, beliau kembali ke negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie amat besar dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis-penulis khat Mesir

Lihat Karya

About Elsya Vera Indraswari

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment

Terimakasih telah berkunjung di Pesantren Seni Kaligrafi Al Quran, silahkan meninggalkan pesan, terima kasih


Top