Assiry gombal mukiyo, 22 April 2015
Dalam bidang kaligrafi beliau belajar dari Sheikh Mustafa El Ghor, seorang kaligrafer universitas tersebut. Gurunya di bidang ini sangat banyak sekali. Di antaranya adalah Syeikh Abdullah Bek Al-Zahdi dari Turki, Syeikh muhammad Bek Jabar, Sheikh Farag, Sheikh Abd El Hafez, Sheikh Mohamed Wahby, Sheikh Abd El Ghany Agour dan Hussein Hosny dari Turki dll.
Sayid Ibrahim yang terkenal dan dijuluki "Amid Al Khath Al
Araby" atau Dekan Kaligrafi Arab itu dilahirkan di Seksyen Qal’ah,
Kaherah pada bulan Agustus 1897M. Memperolehi ijazah pertama dari
Universiti Al-Azhar seterusnya mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang
sastera di Universiti Al-Ahliah Al-Masriyah.
Berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Sayid Ibrahim, beliau telah diamanahkan untuk mengajar seni khat di Universiti Kaherah dan Institut Tahsin Al-Khutut, Kaherah. Sayid Ibrahim amat terkenal sebagai penulis khat sekitar awal kurun ke-21. Beliau telah banyak menghasilkan tulisan-tulisan di dalam buku, majalah dan bangunan-bangunan yang mengandung cita rasa seni yang tinggi.
Beliau juga pernah bekerjasama dengan penulis Turki
terkenal Ahmad Kamil di dalam penulisan di Istana Gabenor Muhammad Ali
di Maniel, Turki dan Masjid Bangalore di India. Beliau meninggal dunia
pada bulan Januari 1994 di Kaherah, Mesir.
Illustrasi:
Foto Sayid Ibrahim dan karya -karyanya yang dasyat sekali keindahannya.
Foto Sayid Ibrahim dan karya -karyanya yang dasyat sekali keindahannya.
No comments: